Kereta Fareez meluncur laju membelah kepekatan malam. Kereta Mazda RX-8 kepunyaan Fareez merupakan hadiah dari ayahnya, Datuk Harith. Fareez merupakan anak tunggal kepada pasangan Datin Mariah dan Datuk Harith. Kalau dah anak sorang, mestilah dia selalu dimanjakan. Kehendaknya sering sahaja dituruti oleh ibubapanya.
Fareez memberhentikan keretanya dihadapan sebuah night club, Zouk. Fareez minat akan entertainment terutamanya semasa dia belajar di oversea dulu. Ciri-ciri wanita idamannya sering bertukar mengikut mood.
''Hey.. Fareez ! Lama tak dengar cer kau? Balik KL diam-diam je eak! Asal tak contact aku. Boleh aku pick kau kat KLIA!'' kata Syahmi, kawan baiknya.
''Aku saja nak buat suprise kat korang semua.. Hei.. tak berubah-ubah habit kau kan.. Suka hang out tengah-tengah malam ni. Ingatkan dah berubah!'', jawab Fareez sambil tersenyum.
''Alaa, chill la, jangan la jadi macam mak aku pulak! heyy bebel jee!'' kata Syahmi sambil ketawa.
Malam itu, Fareez berborak-borak bersama Syahmi sehingga leka hari sudah larut malam. Banyak cerita yang dikongsi bersama.
................................
''Ting tong''
Datin Mariah yang sedang menyiram pokok bunga bergegas melihat ke arah pagar rumahnya. Kelihatan seorang gadis seusia 20-an berada di situ.
''Yer dik? Nak cari siapa ni?'' tanya Datin Mariah.
''Erm.. puan, ada kerja kosong tak kat rumah ni? Saya tengah cari kerja kosong. Apa-apa pun boleh''jawab Humaira sambil matanya melingas ke arah banglo milik Datin Mariah yang tersergam indah.
''Mintak maaf lah dik.. Rasanya kami tak perlukan housemaid kat rumah ni. Erm.. apa kata awak masuk dulu, nanti saya bincang dengan suami saya'' ujar Datin Mariah.
...................................
Fareez yang baru sahaja bangkit dari tidur terpisat-pisat apabila dikejutkan oleh suara mummynya.
'Aish! orang baru je tidur dah kena bangun! ape lah mummy ni!'ngomel Fareez sambil kakinya mengatur gerak ke bilik air.
''Tulah Reez ni.. Mummy dah cakap semalam jangan balik lewat sangat. Tengok sekarang nih, nak bangun pun susah! solat entah ke mana!''bebel mummynya dengan suara yang lantang.
'' Bangon sekarang! Turun bawah. Mummy dah suruh Mak Jah siapkan makan tengah hari.''
''Yelah yelah..''jawab Fareez acuh tak acuh.
.....................................
Humairah yang berada di ruang tamu rumah banglo kediaman Datin Mariah terpegun akan kecantikan konsep english modern didalamnya.
'Cantiknyaa rumah dia! Tapi, rumah daddy lagi cantik.'puji Humairah didalam hati.
''Dik..tadi saya dah bincang dengan suami saya, dia setuju nak ambil awak bekerja kat sini. Tapi, bukan sebagai maid tapi as my son personal assistant. Boleh?'' tanya Datin Mariah.
''Err.. bolehla Datin. Tapi, saya nak tanya pasal job saya. Apa yang saya kena buat ek?'' tanya Humaira naif.
''Kerja kamu senang je. Kamu kena jaga jadual harian anak saya, uruskan keperluan dia dan tempat tinggal untuk kamu saya telah sediakan.''jawab Datin Mariah.
Fareez yang baru turun dari biliknya terpukau melihat wajah ayu yang berada di bawah sana bersama mummynya. Bebola matanya tidak lepas dari memandang ke arah Humaira yang ayu berbaju kurung.
'Wow.. so gorgeous ! But.. selalunya taste aku tak macam ni okay! Argh! Mesti da silap ni.'desis Fareez.
''Mummy ! siapa pompuan ni?'' tanya Fareez dengan suara yang sengaja dikeraskan.
Humaira yang melihat kedatangan Fareez terdiam dari mengeluarkan butir-butir kata dari mulutnya. Dia sedikit terkejut akan kedatangan Fareez yang tidak dijangkanya.
''Ha Fareez! Ni mummy perkenalkan Humaira your new PA. Humaira, meet my son, Fareez Danial.'' ujar Datin Mariah.
''But mummy.. i dont need PA. I can manage my own life! I dont want!'' kata Fareez membantah tegas.
''No argue! Just follow my instruction! Papa yang lantik Humaira as your PA ! Dia akan mula bekerja mulai hari ni.''kata Datin Mariah tegas.
Humaira yang tidak tahu pokok pangkalnya hanya terpaku mendengar butir bicara mereka dua-beranak.
'Adoii! Aku boleh kerja ke tak ni?'bisik hati Humaira.
Fareez menjeling tajam ke arah Humaira. Dia menghulur tangan ke arah Humaira untuk berjabat salam sambil berbisik '' I will make you suffer!''
Humaira hanya mampu menelan air liurnya yang sudah hampir kering.
1 ngangaa mulodd :):
uhukkkk!!~~~ kenapa kenapa ini terjadi???
kenapa fareez danial???
arghhhh tambah tensi aku mlm ni :(
ada kenal org nama faridz danial tak kat luar sana?? kalo ade tlg bgtauuuu!!! uhukk
Post a Comment