Sunday, November 20, 2011

U're Not My Wife ! 14

Humaira mengeliat perlahan sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang menguap kecil. Dia menoleh pandangan ke sebelah kanan katil . Terlihat Fareez Danial sedang tidur terlentok di bahunya sendiri. Terharu melihat Fareez yang sudi menjaga dirinya walaupun dia sedar cinta Fareez terhadapnya tidak akan pernah ada walau hanya sekelumit .

Hatinya tergerak untuk mengejutkan Fareez Danial agar dapat solat subuh berjemaah. Suhu badannya masih belum kebah. Lemah rasa badannya, tetapi tanggungjawabnya kepada maha Esa didahulukan sebaik-baiknya.

''Fareez, bangun solat subuh. Dah pukul 6.30 ni. Fareez''panggil Humaira dengan nada suara yang lemah. Tangan Humaira menggoncang badan Fareez.

'Arhhh! Lenguhnya. Mak aih, asal aku terlelap pulak kat sini. Lenguh gila.'keluh Fareez Danial sendirian sambil matanya cuba dicelikkan perlahan-lahan.

Humaira yang hanya memandang dari tadi yakin , pasti tengkuk Fareez sudah lenguh akibat postur tidur yang kurang betul. Minyak angin yang terdapat di kepala katil segera dicapai. Humaira menuangkan sedikit keatas telapak tangannya. Dia mengusap tengkuk Fareez dengan urutan yang lembut. Dadanya bergetar hebat namun sedaya upaya cuba ditepisnya.

''Thanks Maira.''kata Fareez perlahan namun sempat ditangkap telinga Humaira.

Humaira diam tidak bereaksi. Mungkin masih terasa dengan pengakuan Fareez Danial terhadapnya semalam. Tangannya masih ligat meneruskan urutan di tengkuk Fareez.

''Dah, jom solat subuh.''Ajak Humaira.
......................
Humaira Aisya yang baru selesai berjemaah, membuka telekungnya. Badannya terasa semakin lesu. Dia pantas berbaring diatas katil miliknya. Matanya sedaya upaya cuba dipejam. Tidak larat menanggung sakit di kepala yang semakin berdenyut-denyut. Tekaknya juga terasa mual.

Fareez Danial yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, melangkah perlahan menuju ke arah katil tempat Humaira berbaring. Tangannya dilekapkan ke atas dahi Humaira. Panas!

''Awak nak pergi klinik?''aju Fareez sambil berbisik rapat ditelinga Humaira.

''Errr... weeeekkkk!''Humaira yang baru ingin menjawab soalan yang diaju Fareez, terus termuntah di atas riba Fareez yang kebetulan berada hampir disebelahnya.

''Ya Allah Fareez, saya errr mintak maaf. Sorry sangat. Tak err sengaja. Err, kejap saya bersihkan. Jangan bangun Fareez.''kata Humaira tersekat-sekat. Takut Fareez naik berang dengannya.

Humaira mencuba untuk bangun, namun tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Kepalanya berpusing. Tangan Fareez Danial digenggamnya erat. Dia rasa berputar dan akhirnya Humaira pengsan.

Fareez Danial yang melihat Humaira jatuh pengsan, kelam kabut. Riak wajahnya yang cemas tidak langsung dapat disembunyikan. Dia mengendong Humaira naik kembali ke atas katil. Otaknya ligat memikirkan apa yang patut dilakukannya.

......................
''Relaks aa bro. Kau jangan bagi dia stress and kau kena pastikan dia banyak makan vitamin. Dia lembik sangat. Make sure kau jaga dia elok-elok. By the way, cantik bini kau! Tak nak, kasi aku je. Haha''ujar Doktor Hasriq merangkap kawan baik Fareez Danial.

Fareez menjeling tajam ke arah Dr. Hasriq. Tercabar kelakiannya apabila ada yang berminat terhadap isterinya.

''Wehh, chill la. Aku gurau je. Relaks okay? Aku dah ada tunang la. Mana aku nak campak si Dina tu?. Haha , cemburu jugak kau ni kan? Hmm, aku pun nak gerak dah ni. Take care of her. Dia demam biasa je tu. Bye.''

Selepas menghantar Dr. Hasriq keluar dari rumahnya, dia terus menuju semula kedalam bilik Humaira. Tangannya kembali melekap di dahi Humaira. Rambut yang jatuh menutupi muka Humaira diselaknya. Dahi Humaira dikucupnya lama. Terselit perasaan sayang di sudut hatinya.

''Humaira, wake up. Makan ubat ni.''panggil Fareez Danial lembut.

''Hmmm, I don't want. I hate medicines Fareez. I don't want it!''kata Humaira lemah tapi masih tegas.

''But, haritu awak makan oay je. Takde pulak taknak taknak ni.''

'''Haritu, mama yang buatkan. I hate it. Its too big.''

'Macam budak kecik'ngomel Fareez dalam hati.

''Then, what should I do to this medicines huh?''

''Penyekkan lah kasi hancur. Or else, I'll never take that medicines''

''Haihh , banyak pula songeh kau ea?''

Humaira menunjukan muka kelat. Malas bertekak.

''Dahlah, tinggal je ubat tu kat situ. Nanti saya makan.''

Fareez membawa ubat itu ke dapur, lalu dilumat-lumatannya sehingga hancur.

'Agak-agak, kalau takboleh makan jugak, entahlah.''ngomel Fareez sendirian.

.......................................
P/s : Panjang tak ? Heee . Sorry . Lack of ideas actually . Hmm , harap enjoy . Kalau tak suka , mintak maaf ye. Terima kasih :)

8 ngangaa mulodd :):

Eiymah said...

Suka sangat2!

Anonymous said...

sweetnya..

Anonymous said...

best la citer ni. taknak smbung ker.. :)

asida said...

shahiza minat la ngan novel awk ni..boleh siapkn jadi manuskrip ke?
Leh reply akak asida.enterprise@gmail.com

Anonymous said...

BILA NAK SAMBUNG LAGI LAMANYA MENUNGGU.

Anonymous said...

Nak lgi!

Anonymous said...

untuk taun 2012 x de ke?? nk lg sweet sgt..

nancy said...

cte ni bes....tpi sikit snggt n x puas nk baca!!!!